Friday 8 February 2013

ARTIS KITA: SHILA AMZAH LARI DARI RUMAH?


Biar betol? aku pun tak tahu sejauh mana kebenarannya.. tapi mungkin tak kot.. hehehe tapi apa apa pun kita layan video mesej dari shila amzah ni dulu... ok?





sebak pulak aku nengoh dia menangis.. kesian dia.. tapi apa punca jadi macam ni ya? ok puncanya kalo ikutkan seperti yg digembar gemburkan oleh media adalah kerana boyfren dia Shahnaz nak masuk meminang tapi dihalang oleh bapanya, ND Lala... Tak tahu la betul ker tidak tapi itulah yg aku dgar...

Ini adalah kata2 ND Lala utk Shahnaz:
"Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurangnya hormatilah kami sebagai orang tuanya. "Kalau Shila mahu kahwin sekalipun, saya walinya, bukan Sharnaaz yang menentukan itu isterinya","Dia mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluarkan kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Sharnaaz turut malu dengan tindakannya itu", kata ND Lala.
Beliau juga memberitahu yang dia tidak pernah bercadang mengadakan majlis pertunangan apatahlagi mengahwinkan Sharnaaz dengan anaknya berikutan mahu penyanyi berusia 23 tahun itu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada karier dan perjalanan seni, buat masa ini."Ini nasihat saya kepada Sharnaaz, ibu dan bapa Shila masih hidup, kita ada adat, agama, jangan memandai-mandai",Tambah ND Lala, beliau sebetulnya tidak berminat denga perkara mengarut (Sharnaaz nak lamar Shila) ini dan berharap orang melupakannya."Tolong jangan biadab, hormati kami ibu bapanya. Ini bukan perkara main-main, melainkan kalau mereka mahu kahwin lari" katanya. Bagaimanapun ND Lala tidak menolak jika jodoh antara Shila dan Sharnaaz, tetapi belum sampai waktu untuk kedua-dua anak seni itu mendirikan rumah tangga.


Ini pula kenyataan balas Shahnaz buat ND Lala

“Jadilah seperti seorang lelaki” adalah antara kenyataan balas yang dikeluarkan sendiri oleh Sharnaaz Ahmad kepada ND Lala yang juga merupakan bapa kepada kekasihnya, Shila Amzah.
Menurut pelakon yang sedang hangat dengan filem Juvana ini, Sharnaaz mengaku bahawa dia sudah bersedia untuk berjumpa dengan ibubapa Shila. Namun, dia menjelaskan bahawa ND Lala tidak mahu bersemuka dengannya.
“Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut bila membaca kenyataan dia. Sebab, itu memang cara dia. Tapi, kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentulah saya akan berjumpa dengan dia (ND Lala) dengan isterinya.
“Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan dia (ND Lala) bila-bila masa saja. Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita.”
Tak cukup disitu, Sharnaaz turut menegaskan kekecewaannya terhadap perkara yang berlaku serta mengaku bahawa ibubapanya merasa terkilan selepas membaca kenyataan ND Lala.
“Takkanlah saya hendak pergi merisik atau meminang tanpa kehadiran ibu bapa saya. Tapi, bila membaca kenyataan ND Lala yang sebegitu, ibu bapa saya sendiri pun rasa terkilan dan marah.
Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda jugak.
Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua.”
Bagaimana pun, Sharnaaz memberitahu bahawa dia tidak akan berputus asa dengan perkara yang berlaku.
“Entahlah…saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Saya tak putus asa. Tapi, kalau saya terus hantar rombongan merisik atau meminang pun, kalau dia tidak terima, bagaimana?
Bagi yang masih belum jelas, Sharnaaz mengeluarkan kenyataan ini selepas ND Lala menegur sikap Sharnaaz yang terlalu terbuka memberikan kenyataan mengenai hubungan cintanya bersama Shila Amzah.


Lepas tu? Ha.. sudah....

TAK payah nak hipokrit!,” tegas pelakon, Sharnaaz Ahmad ketika ditanya mengenai kenyataan kekasihnya, Shila Amzah, berhubung kemelut yang mereka alami.
Shila yang kini berada di kota Shanghai, tampil memohon maaf di atas apa yang berlaku antara Sharnaaz dan bapanya, ND Lala menerusi e-mel kepada pihak media.
Menerusi kenyataannya itu, Shila, 23, tidak menyalahkan mana-mana pihak. Namun sebagai anak dan kekasih, dia mengharapkan segala kekusutan yang timbul segera berakhir.
Bagaimanapun, Sharnaaz, 28, yang dihubungi Sinar Harian mengakui tidak tahu menahu mengenai e-mel dari kekasihnya itu.
“E-mel apa pula ni? Saya tak tahu apa-apa dan malas nak layan. Semuanya propa saja!
“Saya tak nak ambil tahu kerana kesudahannya, saya juga akan dipersalahkan. Lebih baik saya mengambil keputusan berdiam diri dan fokus dalam kerjaya.
“Buat masa ini, saya hanya fikir kerja saja. Yang lain, saya malas nak fikir. Terpulanglah pada dia (Shila) nak buat apa sekalipun. Saya tak nak ambil tahu lagi,” tegasnya.
Diajukan tentang hasratnya untuk merisik Shila pada Mac ini, pelakon Ruby ini berkata, dia terpaksa membatalkan hasratnya itu.“Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini.
“Saya tak pasti dan hanya berserah,” kata pelakon drama Bukan Bidadari ini.
Ditanya lagi apakah hubungannya dengan Shila sudah berakhir, Sharnaaz bagaimanapun enggan mengulas perkara tersebut.
“Seperti yang saya katakan, saya dah malas nak layan semua ni lagi. Saya tak nak bercakap tentang dia (Shila) lagi,” katanya dengan nada yang kecewa. 


Sumber Sinar Harian

No comments:

Post a Comment